|
Apakah yang terdapat didunia pemalas ? Tentunya ianya punya bantal yang lembut,kerusi malas ,tilam yang empuk,makanan yang sedia terhidang dan semuanya yang tidak perlu susah-payah berfikirkan untuk menjadi lebih rajin.Dunia pemalas adalah dunia yang penuh dengan kerehatan dan tidak ada pekerjaan.Dunia pemalas tidak kenal pada peluh dan penat lelah.Ia juga tidak kenal pada keperluan berfikir.Semua sudah ada,semua sudah sedia.Dalam dunia pemalas,heronya selalu mengantuk,bukan kerana kurang tidur tapi kerana banyak tidur.Bila dia mengantuk,bantal pun disorong kepadanya.Dia akan tidur tanpa ganggu.Puas tidur dia bangun untuk rehat dari tidur.Puas bangun dia akan tidur untuk berehat dari bangun.Dalam dunia pemalas heronya adalah Raja Moghul.Tahukah anda kisah Raja Moghul ?Raja ini malas dan segala pekerjaan dibuat oleh orang istana.Malahan dia juga malas untuk menyuap dan malas untuk memijak tanah...satu hari empayarnya diserang.Semua hulubalang lari menyelamatkan diri kecuali Raja Mohgul..kenapa..kerana dia malas lagi,dia malas pijak tanah,dia malas bangun,dia malas berjalan dan dia juga malas untuk melawan..akhirnya kerana malas dia mati kerana malas bukan kerana ditawan tapi kerana MALAS....
itulah RAJA MALAS dalam dunia MALAS...Kelakuan Orang Malas. Makan dan Tidur.-- Tidur dan Makan.-- Tidur.Makan --Terlalu rajin untuk malas. Tidak mahu membuat walaupun tahu.
|
|